Bot karam dibadai ribut, pemancing dikhuatiri lemas

Iklan
Gambar hiasan

KUALA KANGSAR - Seorang pemancing dilaporkan hilang manakala rakannya terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di Empangan Chenderoh, Sauk di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Rusydan, 30, dilaporkan hilang dibawa arus Sungai Perak.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.32 petang.

"Kejadian membabitkan sebuah bot dinaiki dua lelaki yang karam akibat dilanda angin kuat ketika melakukan aktiviti memancing.

Iklan

"Seorang lelaki berusia 41 tahun berusaha untuk menyelamatkan mangsa namun disebabkan arus sungai deras, mangsa telah dihanyutkan.

"Lelaki itu kemudian diselamatkan oleh pemancing lain," katanya di sini.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya menerima bantuan bot daripada BBP Lenggong dan operasi mencari dilakukan dengan kaedah pencarian permukaan.

"Lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi bagi membantu mencari mangsa di lokasi terakhir dilaporkan tenggelam.

"Bagaimanapun, operasi ditangguhkan sementara berikutan keadaan cuaca hampir gelap dan diteruskan pada jam 8 pagi esok (Sabtu)," katanya.

Tambah Ahmad Izuwan, operasi dibantu anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain agensi.