Indonesia barakan semula impian ke pusingan 16 terbaik Piala Asia

Iklan
Asnawi Mangkualam meraikan jaringan gol pertama Indonesia ketika berdepan Vietnam di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha. Foto AFP

INDONESIA kembali menyalakan harapan untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 selepas menewaskan seteru tetangga, Vietnam, 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Abdullah bin Khalifa, pada Jumaat.

Indonesia yang dijanakan Shin Tae-yong manakala Vietnam digerakkan Philippe Troussier tampil dengan misi tiga mata selepas tewas dalam perlawanan pertama sebelum ini.

Iklan
Iklan

Indonesia dominan menguasai penguasaan bola lebih tajam melakukan serangan balas pantas menghasilkan beberapa percubaan berbahaya ke kubu Vietnam.

Gol angkatan Tae-yong akhirnya dijelmakan kapten, Asnawi Mangkualam selepas menyempurnakan sepakan penalti minit ke-42 bagi memimpin separuh masa pertama.

Iklan

Separuh masa kedua, anak buah Troussier meningkatkan tekanan bagi memburu jaringan penyamaan, sebaliknya, Indonesia tampil lebih bertahan mengekang asakan selain melakukan serangan balas pantas.

Bagaimanapun, Vietnam terus dirundung malang apabila pemain gantian, Le Pham Thanh Long diperintah keluar padang pada minit ke-91 selepas mengutip dua kad kuning kedua.

Iklan

Tiga mata diraih menyaksikan Indonesia naik ke tangga ketiga berpeluang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Indonesia sebelum ini menyingkap kempen dengan kekalahan 1-3 kepada Iraq dalam perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali, pada 15 Januari lalu.

Vietnam pula menduduki tangga tercorot selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 2-4 kepada Jepun dalam perlawanan pertama pada 14 Januari.

Perlawanan terakhir kumpulan bakal menyaksikan Iraq berdepan Vietnam kendalian Philippe Troussier di Stadium Jassim Bin Hamad pada 24 Januari ini.

Sementara itu, Jepun kendalian, Hajime Moriyasupula berdepan Indonesia yang dikemudi Shin Tae-yong di Stadium Al Thumama, hari sama.