[VIDEO] 'Bila Ahad macam di negara mereka'

Iklan

BERANANG - [DIKEMAS KINI]"Bila hari Ahad saja memang macam negara mereka," luah penghuni di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, di sini.

Hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 30-an, beliau yang sudah menetap lebih tujuh tahun di kawasan itu mendakwa warga asing terlalu ramai mendiami kawasan tersebut dari bujang hinggalah berkeluarga.

Iklan
Iklan

"Di sini ramai Nepal, Bangladesh, Myanmar. Buat bising, mabuk, meludah itu biasa.

"Mereka ini siap ada kedai runcit, kedai makan macam negara mereka sendiri.

Iklan

"Bila jumlah (warga asing) yang ramai, mereka menyebabkan penduduk tempatan menjadi tidak selesa dan kami pula berasa seolah-olah di negara luar," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini pada Sabtu.

Operasi bermula kira-kira jam 12.05 tengah malam itu turut disertai Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Iklan

Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati terdapat penghuni warga asing itu enggan memberi kerjasama membuka pintu hingga anggota imigresen terpaksa mengumpil dan memotong kunci.

Antara warga asing yang ditahan JIM dalam operasi di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Sabtu.

Malah, ada juga yang cuba menyorok di dalam tandas selain cuba melarikan diri.

Setiap blok bangunan itu terdiri daripada lima tingkat dengan terdapat lebih 20 unit rumah di setiap tingkat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagi tempoh 1 hingga 18 Januari ini, sebanyak 870 operasi dilaksanakan dan 9,169 warga asing diperiksa seluruh negara.

"Hasilnya, 4,026 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selain tangkapan 42 majikan.

"Selain PATI, kita juga fokus pada majikan di mana kita akan ambil tindakan tegas kepada majikan dan boleh disiasat bawah Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) 2007," katanya.

Antara warga asing yang ditahan JIM dalam operasi di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Sabtu.

Tambah Ruslin, tahun lalu, sebanyak 38,978 PATI telah diusir, manakala tahun ini setakat 17 Januari membabitkan pengusiran 1,467 PATI.

"Tindakan berterusan JIM akan dibuat seluruh Malaysia tidak kira siang atau malam dalam memastikan semua warga asing di sini memiliki dokumen, pas kerja yang sah serta apa sahaja pas yang dikeluarkan jabatan," katanya.