Pusat Taranum di Kelantan sasar lahirkan qari antarabangsa

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyasarkan lebih ramai qari yang bakal mencipta nama di peringkat antarabangsa dari negeri ini melalui pelancaran Pusat Taranum Mac depan.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, penubuhan Pusat Taranum yang diluluskan pada Mesyuarat Exco lepas akan berpusat sementara di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) di sini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pakar dalam pengajian taranum juga sudah dipilih sebagai tenaga pengajar dan mereka termasuk bekas qari dan Imam Madinah Ramadan, Syeikh Hisyam Abdel Bari.

"Pusat Taranum ini menyediakan kelas insentif membabitkan dua kursus iaitu kursus tahsin iaitu membaiki bacaan tajwid dan taranum," katanya.

Iklan

Mohd Asri menjelaskan, sesiapa sahaja boleh menyertai kelas insentif di pusat itu bermula seawal sekolah rendah.

Mohd Asri

Bagaimanapun katanya, ada yang akan dikenal pasti di sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang mempunyai potensi untuk bergelar qari pada masa depan.

Iklan

"Pengambilan pelajar juga tidak terhad dan boleh berdasarkan minat kerana sebelum ini mereka tidak dihimpunkan di satu pusat khas," katanya.

Mohd Asri turut memaklumkan, kelas akan diadakan dalam tempoh satu hingga dua bulan dan sebelum ini ada kumpulan yang mendalami taranum sehingga dua tahun tetapi akhirnya berjaya di peringkat antarabangsa.

"Kita sudah membuat persiapan akhir selepas keputusan kelulusan pusat itu diperoleh.

"Insya-ALLAH selepas ini kita sasarkan dapat melahirkan qari di peringkat antarabangsa dari Kelantan secara sistematik dan mungkin setahun sekali," katanya.