BT Bina Group barakan Akademi Badminton Chan Peng Soon

Iklan
Peng Soon (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif BT Bina Group, Datuk Seri David Tan (kiri) dan Pengarah Urusan Absolute Protech Sports (M) Sdn Bhd, Datuk Ronnie Chong (kanan) ketika majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara BT Bina Group dan Akademi CPS.

AKADEMI Badminton Chan Peng Soon (CPS) menerima suntikan dana RM200,000 daripada syarikat pemaju dan pelaburan hartanah BT Bina Group Sdn Bhd untuk terus mencungkil bakat baharu bagi diketengahkan ke peringkat antarabangsa pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif BT Bina Group, Datuk Seri David Tan berkata, dana yang diberikan menerusi memorandum persefahaman (MoU) selama setahun itu juga bertujuan membantu kelancaran pengurusan akademi berkenaan agar dapat terus berkembang di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kita nampak sukan badminton di Malaysia mempunyai peminat tersendiri seperti kanak-kanak mahupun dewasa, namun mereka tidak mempunyai panduan daripada mereka yang berkebolehan.

"Jadi sebab itu kita mahu beri sokongan supaya lebih banyak pemain hebat dapat dilahirkan dan pastinya kita mahu sokong akademi lain pada masa depan,” katanya kepada pemberita.

Iklan

Sementara itu, pemilik akademi berkenaan yang juga pemain beregu campuran negara, Peng Soon memaklumkan ketika ini terdapat dua cawangan akademi itu iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang menghimpunkan kira-kira 500 pemain muda.

Katanya, cawangan ketiga dirancang untuk dibuka di Johor Bahru pada Mac ini.

Iklan

"Kita ada banyak perancangan dengan dana ini... mampu bantu pemain yang tidak mampu dan kita bayar gaji jurulatih dan tawar harga yang berpatutan kepada pemain untuk berlatih,” katanya.