Kantoi curi duit di tempat kerja

Iklan
Suspek yang cuba mencuri wang di kafe tempatnya bekerja.

ISKANDAR PUTERI - Gara-gara mahu menjelaskan hutang, seorang wanita ditahan polis kerana bertindak mencuri wang berjumlah RM400, di sebuah kafe tempatnya bekerja di sini, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan mendapati wanita berusia 24 tahun itu didapati melakukan perkara tersebut (curi) sekitar jam 10 malam di kafe berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, perbuatan suspek berjaya dikesan majikannya setelah melihat rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV), dan kemudiannya membuat laporan polis.

"Sebaik menerima laporan tersebut, sepasukan polis telah menahan suspek pada hari yang sama.

Iklan

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Bagaimanapun, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Untuk rekod, suspek baru sahaja bekerja di kafe berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.