Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN bersama Raja Muda Perlis pupuk gaya hidup sihat

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan menyertai aktiviti kayuhan sempena Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta.

KANGAR - Program Kayuhan Sejuta Kasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diyakini mampu memupuk budaya gaya hidup cergas dan sihat selain mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat Perlis.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, acara julung kali dianjurkan ini mendapat perkenan Baginda yang turut berkenan menyertai aktiviti kayuhan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran program ini antara inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN kepada masyarakat dalam membantu golongan memerlukan selain mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024.

"Diharapkan program seperti ini dapat memupuk semangat kekitaan kepada seluruh masyarakat selain menjadi platform betapa pentingnya bersukan untuk kualiti hidup yang lebih sejahtera.

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kiri) berkenan mengurniakan sumbangan kotak makanan kepada salah seorang asnaf.

"Melalui aktiviti berbasikal ini juga secara tidak langsung membantu masyarakat Perlis melalui penyampaian sumbangan. Semoga dengan pemberian tersebut sedikit sebanyak meringankan beban golongan memerlukan,” katanya, selepas acara pelepasan peserta kayuhan di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di sini pada Sabtu.

Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN disertai 100 peserta dan turut diserikan keberangkatan anakanda Raja Muda Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Norliza (dua dari kanan) menyampaikan replika kad sumbangan kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kangar, Datin Fadzilah Abu Bakar.

Iklan

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Penasihat UndangUndang Negeri Perlis, Tuan Mohd Radhi Abas; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Mufti Negeri Perlis, Dato’Arif Perkasa Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Tuanku Syed Faizuddin (berdiri, tengah) bersama para penerima Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin. Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena program kayuhan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan sumbangan kotak makanan kepada 18 keluarga asnaf, sementara PTPTN menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis dan akaun Simpan SSPN Prime kepada 24 anak yatim, masing-masing menerima RM100 setiap seorang.

Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan bergambar bersama penerima sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin.

Norliza berkata, PTPTN sentiasa prihatin membantu golongan memerlukan dan turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Rumah Seri Kenangan Kangar."

Pada program sama, sumbangan Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dengan jumlah keseluruhan RM15,000 turut diberikan kepada 30 pelajar asnaf dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan setiap pelajar menerima wang tunai RM500 dan sebuah peranti,” ujarnya.

Dari kiri; Muhammad Haikal, Mohamad Noor Al Amin dan Nursazalina.

Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UiTM, Mohamad Noor Al Amin Mohd Shahafoddin, 24, menyifatkan sumbangan ini sebagai rezeki yang tidak dijangka.

"Gembira dan teruja dipilih sebagai penerima. Program seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar terutama waktu semester akhir. Ia membantu saya menampung kos pembelajaran dan ringankan beban kewangan selain digunakan untuk perbelanjaan harian menyiapkan tugasan kuliah,” ujarnya.

Sementara, Nursazalina Gazali, 21, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dari PTSS berkata, bantuan diterima dapat mengurangkan beban ibu bapa yang menanggung pengajiannya.

"Rasa sangat bertuah atas sumbangan ini. Saya dapat gunakan untuk membayar yuran peperiksaan MUET, selain untuk kos pengajian kerana dalam semester akhir saya perlu siapkan projek akhir dan memerlukan kos tambahan,” katanya.