Misteri kehilangan Bella bakal terungkai

Iklan
Penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella.

SUSULAN penemuan rangka tidak sempurna di sebuah rumah terbiar pada Jumaat seolah-olah memberi petunjuk bahawa kes orang hilang sebulan lalu bakal terungkai beberapa hari lagi.

Kes kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella mendapat perhatian orang ramai apabila berita mengenai penemuan itu mendapat perhatian warganet.

Iklan
Iklan

Orang ramai berharap penemuan rangka tersebut bukan milik wanita yang hilang sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut kakak kepada mangsa, Norhisham Samsusah, 36, cebisan kain pada rangka manusia tersebut memberi petunjuk kemungkinan besar milik adiknya.

Iklan

Katanya, Bella memakai baju kelawar berwarna gelap ketika kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang tetapi dia dan keluarga masih menaruh harapan, rangka manusia yang ditemui itu bukan Bella.

Sebelum ini, wanita itu dilaporkan keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam untuk mencuci pakaian di dobi berdekatan Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor pada 14 Disember lalu.

Iklan

Kehilangan Bella mula disedari selepas kakaknya, Norhisham setelah gagal menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kurier direman bersama dua lagi suspek masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Teman lelaki kepada wanita berkenaan antara tiga individu yang direman bagi membantu siasatan dalam penemuan itu.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan tersebut menafikan bahawa Bella dibunuh di lokasi sama rangka ditemui dan mendakwa perbuatan kejam tersebut dilakukan di tempat lain.

Namun, orang ramai diminta untuk tidak membuat andaian sendiri sebaliknya menunggu hingga siasatan penuh selesai dan pihak polis akan maklumkan maklumat sebenar dalam masa terdekat.

Bedah siasat ke atas rangka manusia tidak sempurna sudah dijalankan dan sampel patologi dari Jabatan Forensik HSI Johor Bahru telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi membuat perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Diharapkan segala persoalan mengenai misteri kehilangan Bella terjawab tidak lama lagi supaya keadilan boleh dituntut dan hukuman setimpal perlu diberikan kepada suspek yang terlibat.