Jalan Habu-Boh Tea, Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh

Iklan
Lokasi penutupan sementara laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate berikutan kejadian tanah runtuh. Foto FB JKR Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS - Laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate, Habu di sini ditutup sementara kepada pengguna jalan raya berikutan kejadian tanah runtuh.

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria berkata, penutupan laluan bermula 19 Januari lalu sehingga 2 Februari depan melibatkan kedua-dua arah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tempoh penutupan tertakluk kepada kerja-kerja pembaikan.

Peta lokasi penutupan sementara laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate berikutan kejadian tanah runtuh. Foto FB JKR Cameron Highlands
Iklan

"Penutupan jalan secara sementara dalam tempoh ditetapkan itu perlu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Iklan

"Tiada laluan alternatif dibuka, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut papan tanda di lokasi kejadian dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya melalui notis yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.