Pemancing ditemui lemas selepas lebih 40 jam hilang

Iklan
Mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba dalam keadaan terapung.

GERIK - Selepas lebih 40 jam, seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Tasik Chenderoh dekat Sauk di sini ditemui mati lemas.

Mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) jam 8.37 pagi pada Ahad iaitu kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terapung ketika operasi pencarian disambung pagi ini.

"Mangsa ditemui di lokasi yang telah dikenal pasti oleh Unit Anjing Pengesan (K9) bomba.

Iklan

"Tindakan dilakukan dengan membuat pusaran air menggunakan teknik 'figure of eight loop' dalam usaha menimbulkan mangsa," katanya.

Beliau berkata, operasi dijalankan sebelum ini dilakukan dalam radius satu kilometer bermula di bahagian tebing dan sekitar kawasan pulau berhampiran.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Katanya, operasi turut dibantu pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 20 nelayan darat.

"Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Media melaporkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hanyut dibawa arus sungai telah digerakkan sejak Jumaat selepas menerima panggilan pada jam 5.32 petang.

Kejadian membabitkan sebuah bot dinaiki dua lelaki yang karam akibat dilanda angin kuat ketika melakukan aktiviti memancing.

Rakan mangsa, lelaki berusia 41 tahun terselamat apabila diselamatkan oleh pemancing lain.