Hampir 40 tahun menunggu, akhirnya dapat geran

Iklan
Chekdah Shafie, Che Hat Jaafar

JERANTUT -"Akhirnya selepas hampir 40 tahun geran yang diidamkan akhirnya dalam tangan hari ini", kata penerokawati Felda Jengka 24, Chekdah Shafie, 62, selepas menerima suratan hak milik daripada kerajaan negeri.

Namun ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui sedih kerana suaminya, Che Omar Ghazali tidak sempat melihat geran tersebut selepas meninggal dunia pada 2012 akibat penyakit buah pinggang.

Iklan
Iklan

"Saya dan suami memasuki rancangan ini pada 1985 dan pelbagai pengalaman yang dirasai sepanjang tinggal di sini.

"Syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian suratan hak milik ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda dan Suratan Hak Milik Felda Jengka 24 Serta Felcra Bukit Nikmat di pekarangan masjid Felda Jengka 24 di sini baru-baru ini.

Iklan
Aripin dan Rusnah

Bagi sepasang suami isteri, Aripin Muhamad, 60, dan Rusnah Mohamad Ismail, 58, mengakui detik tersebut sangat dinanti-nantikan mereka selama ini.

"Terharu dan macam tak percaya dan hari ini Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyampaikan geran.

Iklan

"Syukur dan gembira dan mungkin kami akan buat kenduri doa selamat selepas ini," kata Aripin yang telah kehilangan kaki kiri akibat kencing manis pada Jun tahun lalu.

Wan Rosdy (Kanan) ketika menyerahkan suratan hak milik kepada peneroka.

Seorang lagi peneroka dari rancangan sama, Che Hat Jaafar, 56, yang memasuki rancangan itu pada 1984 terharu selepas selama ini hanya melihat rakan-rakan peneroka rancangan lain mendapat geran tersebut.

Ujarnya, ia akan menjadi detik bersejarah buat peneroka rancangan itu yang menjadi Felda di Wilayah Jengka yang terakhir menerima suratan hak milik tersebut.