JAKARTA - Timbalan Pengarah Perwakilan Pasukan Pemenang Kebangsaan (TPN), Ganjar-Mahfud MD optimis sokongan diberikan kumpulan rock terkenal Indonesia, Slank dapat melonjakkan kebolehpilihan pasangan calon (paslon) No. Siri Tiga itu pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).
Charles Honoris berkata, ia bakal memberikan impak lebih besar berbanding tindakan sejumlah anggota Taruna Merah Putih (TMP) yang beralih sokongan kepada calon presiden (capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto, mengikut jejak langkah bekas anggota Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Maruarar Sirait.
"Kami berharap sokongan Slank terhadap Ganjar-Mahfud MD memberi pulangan lumayan memandangkan mereka merupakan band lagenda yang mempunyai lebih empat juta peminat fanatik.