[KRONOLOGI]
Berikut adalah kronologi kehilangan Mila Shamila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella:
[14 DISEMBER 2023] - Mila Shamila Samsusah atau Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada jam 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya. Kakak mangsa dakwa ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38 malam Bella ada tanyakan sesuatu.
[15 DISEMBER 2023] - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.
[16 DISEMBER 2023] - Laporan polis pertama mengenai kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
[18 DISEMBER 2023] - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
[27 DISEMBER 2023]
Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan
Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, sejak 14 Disember lalu.
BACA ARTIKEL PENUH:Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan
[28 DISEMBER 2023]
Bella hilang: Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, sejak 14 Disember 2023 lalu.
BACA ARTIKEL PENUH:Bella hilang: Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan
[29 DISEMBER 2023]
Polis masih siasat kes kehilangan Bella
Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember 2023 lalu akan ditentukan pada Sabtu.
BACA ARTIKEL PENUH:Polis masih siasat kes kehilangan Bella
Kehilangan Bella masih misteri, polis teruskan siasatan
Siasatan berhubung kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella tetap diteruskan polis, meskipun penahanan teman lelaki wanita tersebut gagal merungkai misteri kehilangan ibu tunggal itu.
BACA ARTIKEL PENUH:Kehilangan Bella masih misteri, polis teruskan siasatan
[30 DISEMBER 2023]
Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
Teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita itu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang Jumaat.
BACA ARTIKEL PENUH:Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
[31 DISEMBER 2023]
Bella hilang: Polis akan panggil semula teman lelaki jika perlu
Teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan dipanggil semula jika ada keperluan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kehilangan wanita itu.
BACA ARTIKEL PENUH:Bella hilang: Polis akan panggil semula teman lelaki jika perlu
[3 JANUARI 2024]
Bella hilang: Keluarga pasrah, harap ditemui segera
Anggota keluarga kepada Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang sudah 20 hari hilang tanpa khabar berita berharap akan ditemui segera.
BACA ARTIKEL PENUH:Bella hilang: Keluarga pasrah, harap ditemui segera
Kehilangan Bella: Beri ruang polis jalankan siasatan
Pihak keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Disember lepas.
BACA ARTIKEL PENUH:Kehilangan Bella: Beri ruang polis jalankan siasatan
[8 JANUARI 2024]
Mayat ditemui dalam tong sampah bukan Bella
Polis mengesahkan mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan yang bunuh kejam dan ditemui di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka dua minggu lalu bukan Mira Sharmila, 32, atau Bella.
BACA ARTIKEL PENUH:Mayat ditemui dalam tong sampah bukan Bella
[10 JANUARI 2024]
Bella masih berada dalam negara, dua lagi ditahan bantu siasatan
Polis percaya ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu, masih berada di dalam negara.
BACA ARTIKEL PENUH:Bella masih berada dalam negara, dua lagi ditahan bantu siasatan
[19 JANUARI 2024]
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.
BACA ARTIKEL PENUH:Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
'Harap itu bukan Bella' - Keluarga
Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.
BACA ARTIKEL PENUH:'Harap itu bukan Bella' - Keluarga
[20 JANUARI 2024]
Cebisan kain berhampiran rangka mungkin milik Bella - Kakak
Penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella.
BACA ARTIKEL PENUH:Cebisan kain berhampiran rangka mungkin milik Bella - Kakak
Rangka disyaki Bella: Penduduk terkejut, dakwa tidak ada bau mayat
Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia termasuk tengkorak di rumah sewa terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, mendakwa tidak mencium sebarang bau mayat sebelum ini.
BACA ARTIKEL PENUH:Rangka disyaki Bella: Penduduk terkejut, dakwa tidak ada bau mayat
Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain
Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia berserta tengkorak yang disyaki Mila Shamila Samsusah, 32, atau Bella, yakin wanita itu tidak dibunuh di kawasan tersebut.
BACA ARTIKEL PENUH:Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain
Kes Bella: Bedah siasat rangka selesai, sampel patologi dianalisa
Polis beritahu bedah siasat ke atas rangka manusia tidak sempurna yang ditemukan di sebuah rumah terbengkalai di Jalan Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini sudah dijalankan.
BACA ARTIKEL PENUH:Kes Bella: Bedah siasat rangka selesai, sampel patologi dianalisa
Kes Bella: Teman lelaki antara tiga suspek direman
Teman lelaki kepada ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella antara tiga individu yang direman bagi membantu siasatan dalam penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah
BACA ARTIKEL PENUH:Kes Bella: Teman lelaki antara tiga suspek direman
[21 JANUARI 2024]
Kes Bella: Polis percepat keputusan DNA penemuan rangka
Polis Johor akan memohon keputusan ujian DNA ke atas sampel rangka manusia itu dipercepatkan bagi merungkaikan sama ada tulang itu milik Bella atau individu lain.
BACA ARTIKEL PENUH:Kes Bella: Polis percepat keputusan DNA penemuan rangka
Kakak nafi cerita orang hendak 'hapus' Bella
Dakwaan kononnya ada orang yang ingin 'menghapuskan' Bella dinafikan oleh Norhisham Samsusah, 36, yang juga kakak kepada ibu tunggal Mira Sharmila, 32.
BACA ARTIKEL PENUH:Kakak nafi cerita orang hendak 'hapus' Bella
'Selepas 38 hari, kami hanya dapat rangka' - Kakak Bella
Kakak kepada Mila Sharmila, 32, atau Bella, melahirkan rasa terkilan dan mempersoalkan proses siasatan dijalankan terhadap kes kehilangan adiknya sejak 14 Disember tahun lalu.
BACA ARTIKEL PENUH:'Selepas 38 hari, kami hanya dapat rangka' - Kakak Bella
[23 JANUARI 2024]
Suspek utama kes Bella akan didakwa esok
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Rabu.
BACA ARTIKEL PENUH:Suspek utama kes Bella akan didakwa esok
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Misteri identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, pada Jumaat lalu, akhirnya menemui jawapan
BACA ARTIKEL PENUH:Rangka manusia sah milik Bella - Polis
'Selamat tinggal Bella' - Keluarga mahu tuntut keadilan
Kehilangan paling berat, itu luahan Norhisham Samsusah, 36 selepas polis mengesahkan rangka ditemui dalam rumah sewa terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, adalah Bella
BACA ARTIKEL PENUH:'Selamat tinggal Bella' - Keluarga mahu tuntut keadilan
[24 JANUARI 2024]
Suspek kes Bella didakwa pagi ini
Kira-kira 50 ahli keluarga Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau Bella hadir ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Rabu bagi mengikuti pertuduhan kes bunuh wanita berkenaan.
BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Suspek kes Bella didakwa pagi ini
Teman lelaki didakwa bunuh Bella
Teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau lebih dikenali sebagai Bella dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh wanita berkenaaan penghujung Disember lalu.
BACA ARTIKEL PENUH:Teman lelaki didakwa bunuh Bella
Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh
Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, Norhisham, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
BACA ARTIKEL PENUH:Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh
Cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh - KPN
Polis mengesahkan motif pembunuhan Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella disebabkan cemburu dan sakit hati.
BACA ARTIKEL PENUH:Cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh - KPN
Suspek kes bunuh Bella tidak diberi layanan istimewa - KPN
Polis menafikan dakwaan teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang merupakan suspek utama kes pembunuhan ibu tunggal itu, diberi layanan istimewa.
BACA ARTIKEL PENUH:Suspek kes bunuh Bella tidak diberi layanan istimewa - KPN
'Uncle' selalu pukul 'mummy' - Anak Bella
Anak lelaki sulung kepada arwah Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, iaitu Eusof mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya semasa mereka keluar bersama-sama.
BACA ARTIKEL PENUH:'Uncle' selalu pukul 'mummy' - Anak Bella