SEREMBAN - Seorang suri rumah mengalami kerugian hampir RM1.5 juta selepas terperdaya dengan panggilan penipuan oleh individu menyamar sebagai anggota polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 itu pada Jumaat.