‘Jangan ambil ringan peringatan Tun M’
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti-parti Melayu di negara ini diingatkan agar tidak mengambil ringan peringatan yang dibuat negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad jika tidak mahu Melayu terus kehilangan kuasa.
Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, dengan perpecahan yang semakin membarah, tidak mustahil perkara itu berlaku dan Malaysia boleh menjadi seperti Singapura.