Seorang maut, lapan cedera nahas empat kenderaan

Iklan
Keadaan dua kenderaan terlibat kemalangan. - Foto BBP Labis

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di kilometer (KM) 150 Jalan Bahru - Seremban dekat Labis di sini, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, kereta Proton Persona dan MPV jenis Mitsubishi Expander itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dan dinaiki enam penumpang dalam perjalanan dari Segamat ke Johor Bahru cuba memotong kenderaan dihadapannya, biarpun laluan di situ merupakan laluan garisan berkembar (double line).

Salah sebuah kenderaan terlibat kemalangan terbalik. Foto BBP Labis

"Akibatnya MPV tersebut telah memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan tiga kenderaan lain melibatkan Proton Persona, Mitsubishi X-Pander dan Toyota Hilux di laluan tersebut.

Iklan

"Ini menyebabkan pemandu Perodua Alza itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi.

"Enam penumpang termasuk dua kanak-kanak menerima rawatan di Hospital Segamat," katanya.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit - Foto BBP Labis

Iklan

Beliau berkata, seorang lagi kanak-kanak yang merupakan menumpang Toyota Hilux cedera.

"Pemandu kereta Proton Persona dan pemandu dan lima penumpang Mitsubishi Expander tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," katanya.