JKR Kelantan urus 58 projek bernilai RM874 juta

Iklan
Ir Mohd Suhaili (kanan) mengiringi Tuan Zainal Abidin (tengah) menyampaikan anugerah kepada kontraktor JKR cemerlang 2023.

KOTA BHARU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan mengurus 58 projek sambungan yang dalam pembinaan di negeri ini dengan kos keseluruhan RM874 juta bermula awal tahun ini.

Pengarah JKR Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail berkata, projek-projek meliputi pembinaan bangunan dan jalan-jalan di bawah pelbagai kementerian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mengikut nilai peruntukan tertinggi melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang paling banyak projek diikuti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

IR MOHD SUHAILI

"Projek di bawah KPM kebanyakan projek sekolah-sekolah daif dan ada juga projek mega sekolah intergrasi do Tanah Merah serta sekolah baharu, Sekolah Kebangsaan Tok Bali.

Iklan

"Kesemua projek masih dalam pembinaan dan disambung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi JKR Kelantan Tahun 2023 di Hotel Perdana, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Iklan

Menurut Ir Mohd Suhaili, pada masa sama, JKR Kelantan menerima dan menguruskan tiga projek bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) manakala bakal menerima projek bawah RP4 yang senarainya kini baru diluluskan.

Ir Mohd Suhaili (tengah) bersama Tuan Zainal Abidin (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada kakitangan JKR yang cemerlang pada 2023.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang tahun lalu, prestasi perbelanjaan dan mengurus pembangunan JKR Kelantan bawah peruntukan persekutuan mencapai 100 peratus melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama tahunan yang ditetapkan.

"Pencapaian itu melibat jumlah peruntukan mengurus sebanyak RM26.8 juta dan pembangunan sebanyak RM364 juta.

"Prestasi perbelanjaan ini meletakkan JKR Kelantan dalam kelompok lima JKR negeri dan wilayah di Malaysia yang berjaya berberbelanja melebihi RM300 juta,” kata beliau.