PUTRAJAYA - Semua penjawat awam diminta agar mengemaskini maklumat dan data di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat edaran bertarikh 17 Januari memaklumkan ia selaras peluncuran PADU pada 2 Januari lalu.