Rakyat Thailand kreatif tanpa beg plastik

Iklan
Penduduk di Thailand menggunakan apa sahaja untuk menggantikan beg plastik setelah dilarang kerajaan pada Januari ini.

BANGKOK - Pengumuman kerajaan Thailand mengenai larangan penggunaan beg plastik sekali guna di kedai utama di seluruh negara bermula tahun 2020 disambut baik oleh rakyatnya.

Malah rakyatnya juga dilihat tampil kreatif menggunakan apa sahaja bentuk barangan bagi menggantikan beg plastik.

Iklan
Iklan

Menerusi laman sosial, rakyat di negara itu berkongsi gambar bagaimana mereka membuat pembelian tanpa beg plastik sehingga tular.

Memetik portal Mothership.sg, walaupun ramai yang menyediakan beg kitar semula, terdapat beberapa individu menggunakan barang yang tidak sesuai bagi menggantikan beg plastik.

Iklan

Penduduk di Thailand menggunakan apa sahaja untuk menggantikan beg plastik setelah dilarang kerajaan pada Januari ini.

Ada dilihat menggunakan periuk, jaring, baju, baldi, guni, bagasi dan kereta sorong untuk mengisi barang mereka.

Iklan

Namun apa jua barangan yang digunakan, rakyat di negara ini telah menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk memberi kesedaran awam tentang penjagaan alam sekitar.