Nahas pesawat Rusia: Empat daripada enam penumpang selamat

Iklan
Sebelum kejadian pesawat itu dilaporkan berhenti mengisi minyak di negeri Bihar di timur India. - X @flightradar24

KABUL - Seramai empat daripada enam penumpang termasuk juruterbang ditemukan masih hidup pada Ahad selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di timur laut Afghanistan, kata pentadbiran Taliban.

Dalam satu kenyataan di X, jurucakap pentadbiran sementara Taliban Zabihullah Mujahid berkata, pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah Badakhshan telah dijumpai di kawasan Aruz Koh di daerah Kuf Ab, lapor Agensi Berita Anadolu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pasukan penyiasat sedang mengesan dua lagi penumpang pesawat malang itu.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) yang merujuk kedutaan Rusia di Afghanistan berkata, jet peribadi Falcon 10 yang terhempas telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat tempatan.

Iklan

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan Rusia berkata, pesawat dengan enam orang penumpang merupakan penerbangan sewa khas dari India melalui Uzbekistan ke Moscow.

Pihak berkuasa Rusia berkata, pesawat itu, sebuah jet Dassault Falcon 10 buatan Perancis dan berdaftar di negara berkenaan dan hilang daripada skrin radar di Afghanistan pada petang Sabtu. - Bernama

Iklan