SHAH ALAM - Persiapan akhir Jualan Gudang Karangkraf yang pertama untuk 2024 yang bermula pada Khamis ini, berjalan lancar dengan para pelanggan bakal ditawarkan diskaun menarik.
Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, pelanggan akan menerima diskaun sehingga 80 peratus bagi satu tajuk buku tertentu sepanjang jualan gudang tersebut berlangsung, selain jualan naskhah al-Quran yang turut ditawarkan dengan tawaran harga yang berpatutan.
"Buat masa ini kita hanya menunggu untuk memasukkan buku-buku, al-Quran untuk tujuan jualan, dan ia akan dilakukan pada esok (Selasa).
"Boleh dikatakan persiapan menjelang Khamis ini kita sudah capai 70 peratus, jadi saya mengajak orang ramai untuk datang ke jualan ini kerana pelbagai tawaran menarik menanti anda semua," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Dalam pada itu katanya, pada hari pertama jualan itu berlangsung turut diadakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan majlis jualan tersebut.
"Selain aktiviti pertandingan menulis mushaf al-Quran dan lain-lain aktiviti menarik yang menanti pengunjung," katanya.
Justeru, beliau menyeru kepada pencinta buku dan seluruh rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai bagi mengambil peluang mencambah ilmu menerusi pembelian buku-buku dan al-Quran.
"Ini merupakan satu berita menarik yang sudah pastinya ditunggu-tunggu dan dinantikan oleh pencinta buku dan ilmu.
"Bersama kita meriahkan Jualan Gudang ini, saya pasti ada yang menarik menanti anda di sini, jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai bermula Khamis sehingga 4 Februari ini," katanya lagi.
INFO HARI PERTAMA JUALAN GUDANG 2024
TEMU MESRA PENULIS:
1. Aini Bakar,novel K-Lit: Koyak.
2. Normaliza Mahadi, buku Sebelum Berdua.
3. Tuan Fazrul Ismail dan Ustaz Tirmizi Ali, buku Yang Bertakwa Pasti Berjaya.
Aktiviti:
1. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 3-7 tahun.
2. Puzzle Challenge.
3. Kraftiviti: DIY bookmark.
4. Pertandingan menulis mushaf al-Quran.
5. #booklovechallenge.
6. Yakult percuma untuk 200 pengunjung terawal.
7. 'Wear Yellow Free marshmallow'.