Sri Pahang ikat Azrif dua tahun

Iklan
Azrif mengikat kontrak bersama Sri Pahang untuk tempoh dua tahun. Foto Agensi

PEMAIN pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq secara rasmi meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Sri Pahang FC bagi mengharungi musim baharu yang dijadualkan bermula awal Mei depan.

Azrif yang sebelum ini beraksi untuk Sri Pahang pada musim lalu dengan status pemain pinjaman, kini menjadi pemain tetap skuad Tok Gajah dengan kontrak dua musim.

Iklan
Iklan

Perkhabaran itu dikongsikan oleh pengurusan Sri Pahang melalui satu hantaran di laman sosial pada Isnin.

"Bek kanan, Azrif Nasrulhaq telah menandatangani kontrak selama dua musim untuk terus bersama Sri Pahang FC.

Iklan

"Azrif pada musim lalu berstatus pemain pinjaman dari JDT dan menyerlah sebagai salah seorang pemain utama,” catat kelab itu menerusi hantaran di Facebook.

Sebagai rekod, Azrif telah beraksi dalam 29 perlawanan sepanjang musim lepas.

Iklan

Pemain berusia 32 tahun itu berjaya merekodkan satu jaringan dan juga satu bantuan gol buat Sri Pahang.

Selain Azrif, penjaga gol JDT, Izham Tarmizi dan bek kiri, Syazwan Andik turut beraksi untuk Sri Pahang pada musim 2023 dengan status sebagai pemain pinjaman.