KOTA BHARU - Sebanyak 153 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas, meningkat berbanding 121 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata, warga Thailand mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 43 kes, diikuti Myanmar (42), Indonesia (37), Bangladesh (18), India (sembilan) dan Kemboja dan China masing-masing satu.