Tiga dicekup ketika leka curi kabel TM

Iklan
Mohamad Nasir menunjukkan peralatan yang digunakan tiga suspek ketika cuba mencuri kabel milik TM di Padang Gajah, Trong pada Jumaat.

TAIPING - Polis berjaya memberkas tiga lelaki warga tempatan yang terlibat mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Padang Gajah, Trong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kegiatan tiga rakan berusia 26 dan 27 tahun itu dikesan polis sekitar jam 12.20 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Ketika serbuan, kesemua tangkapan sedang leka melakukan kerja-kerja membuka lubang utama kabel TM.

"Kumpulan ini menyasarkan kabel bawah tanah yang mana suspek akan masuk lubang untuk memotong kabel lalu tarik menggunakan kereta," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, siasatan mendapati kumpulan itu baru berjinak melakukan jenayah curi kabel sekitar daerah Taiping.

"Polis merampas besi T pembuka lubang utama TM, kuku kambing, tukul besi, pemotong besi dan pemutar skru dipercayai peralatan digunakan mencuri kabel TM.

Iklan

"Sebuah kereta jenis Nissan Almera turut dirampas.

'Pihaknya sedang giat mengesan penglibatan rakan sejenayah yang masih bebas," katanya.

Mohamad Nasir berkata, kesemua suspek direman sehingga Rabu ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.