Tersalah tekan pedal minyak, kereta terperosok masuk dalam kedai

Iklan
Kenderaan terperosok masuk ke dalam premis selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Plaza Mahkota Putatan.

PUTATAN - Tindakan seorang pemandu tersalah tekan pedal minyak menyebabkan sebuah kedai menjual peralatan elektronik mengalami kerosakan dalam kejadian di Plaza Mahkota Putatan, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan dua pemandu kenderaan yang terlibat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan yang menyebabkan berlakunya rempuhan terhadap premis perniagaan tersebut.

"Hasil siasatan awal mendapati perlanggaran dipercayai berpunca daripada salah seorang pemandu yang telah tersalah menekan pedal minyak ketika keluar daripada petak parkir dan menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan lain.

Iklan

"Akibat kejadian itu, kenderaan yang dirempuhnya terperosok masuk ke dalam premis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Sammy berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai tidak memuat naik sebarang info yang tidak sahih di mana-mana platform media sosial bagi mengelak berlaku salah faham dan menimbulkan kegusaran awam.