Tiga maut, lebih 600 cedera nahas kereta api di Pretoria

Iklan
Dua kereta api penumpang bertembung di Pretoria, semalam. - Foto Chris Botha, Netcare Limited

JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Dua kereta api penumpang bertembung ketika waktu puncak awal pagi di ibu kota Pretoria, Afrika Selatan semalam, mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih 600 lain, kata perkhidmatan kecemasan.

Jurucakap Charles Mabaso berkata, dua mangsa yang cedera parah diterbangkan dari lokasi nahas di Mountain View, utara Pretoria ke hospital berhampiran.

Petugas kecemasan merawat mangsa yang cedera berhampiran lokasi nahas.- Foto AP

Iklan
Iklan

641 penumpang lain dilaporkan cedera dengan 11 kritikal manakala 62 lain cedera ringan.

"Jumlah mangsa maut setakat ini tiga, namun ada kemungkinan ia meningkat,” kata Mabaso.

Iklan

Ketika paramedik tiba di tempat kejadian, gerabak kedua-dua kereta api tergelincir separuh dari landasan.

"Ramai penumpang ditemui sama ada dalam kereta api atau berjalan di sekitar tempat kejadian,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan ER24, Russel Meiring.

Iklan

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Blade Nzimande berkata, nahas disebabkan kecurian kabel yang digunakan sebagai alat isyarat.

"Apabila kabel dicuri ia sekali gus menjejaskan sistem isyarat kami, dan sebagai alternatif kami beralih kepada operasi manual," kata ketua pihak berkuasa kereta api, Mosenngwa Mofi.

Pada 2011, sekurang-kurangnya 800 orang cedera apabila sebuah kereta api yang bergerak laju melanggar sebuah kereta api tidak bergerak di bandar Soweto.- AFP/BBC