Pengurusan flat perlu peka kehadiran warga asing

Iklan
Keratan laporan Sinar Harian pada Ahad. (Gambar kecil: Zairudin)

SHAH ALAM - Pihak pengurusan taman perumahan atau flat diminta peka dengan kehadiran penghuni baharu terutama melibatkan warga asing bagi mengelak mana-mana unit rumah tidak didiami pemilik, diceroboh individu tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, pemilik rumah juga perlu memeriksa secara berkala keadaan kediaman yang tidak disewakan selain peranan jiran melaporkan jika menyedari sebarang aktiviti mencurigakan seperti kecurian air dan elektrik.

Iklan
Iklan

"Situasi ini kalau dibiarkan, mungkin boleh mendatangkan lebih banyak mudarat seperti masalah sosial dan jenayah lain yang mengancam keselamatan penduduk lain.

"Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Dalam laporan Sinar Harian pada Ahad, seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kosong milik sahabatnya 'diceroboh' oleh sekumpulan warga asing.

Perkara tersebut didedahkan oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama Srilabu Kedah.

Iklan

Menerusi laman sosial itu, Srilabu Kedah berkata, perkara tersebut disedari apabila dia diamanahkan melihat keadaan kediaman tersebut untuk urusan jual beli.

Mengulas lanjut, Zairudin berkata, kes sedemikian menunjukkan terdapat sekelompok warga asing sudah ‘besar kepala’ sehingga berani melanggar peraturan dan undang-undang.

"Kita tidak tahu bagaimana mereka memperoleh elektrik dan mungkin kaedah yang digunakan amat merbahaya. Jadi perlu berhati-hati.

"Apabila menyentuh soal mencuri air, ia bukan saja pengkhianatan sumber negara, tetapi juga satu kezaliman memandangkan majoriti pengguna tempatan perlu membayar bil elektrik dan air untuk kegunaan masing-masing,” ujarnya.