IJN cipta sejarah laksanakan prosedur jantung kompleks ke-100

Iklan
Prosedur jantung kompleks dengan MitraClip dan TriClip di IJN.

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan prosedur jantung kompleks ke-100, menggunakan peranti MitraClip dan TriClip.

Ia menjadikan IJN sebagai hospital keempat di rantau ini yang mencapai kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan komitment IJN bagi meningkatkan kaedah rawatan kardiovaskular yang lebih canggih.

Iklan
Iklan

Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung dan Pemindahan Jantung IJN, Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi berkata, prosedur tersebut telah dijalankan pada Jumaat lepas oleh sepasukan pakar kardiologi.

Menurutnya yang mengetuai pasukan itu, pencapaian tersebut mencerminkan usaha IJN untuk terus memberikan rawatan jantung yang luar biasa.

Iklan

"Pencapaian ini membuktikan kemahiran dan dedikasi pasukan kami untuk meningkatkan hasil rawatan bagi pesakit yang mengalami regurgitasi injap Mitral/ Tricuspid.

IJN menjadi pusat rawatan penyakit jantung yang pertama di Malaysia memperkenalkan prosedur MitraClip.

Iklan

Perintis bagi kes berkenaan dilakukan pada Disember 2011 oleh Pakar Kardiologi Malaysia terkemuka Tan Sri Dr Robaayah Zambahari; serta Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Datuk Dr Mohd Nasir Muda dan Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.

Sejak itu, program tersebut diteruskan di bawah bimbingan Dr Amin Ariff.

Sementara itu, IJN dalam kenyataan tersebut menjelaskan, regurgitasi mitral atau tricuspid adalah sejenis penyakit injap jantung yang biasa dan ia berlaku apabila injap mitral atau tricuspid gagal menutup dengan betul, menyebabkan darah bocor ke bahagaian belakang dalam jantung.

Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh menyebabkan pembesaran jantung yang progresif, dan boleh mengakibatkan kegagalan jantung.

"Cara konvensional untuk merawat regurgitasi mitral/ tricuspid yang teruk ialah campur tangan pembedahan sama ada untuk membaiki atau menggantikan injap mitral/ tricuspid yang rosak.

"Memandangkan pendekatan ini selalunya melibatkan pembedahan jantung terbuka, campur tangan pembedahan sedemikian boleh menjadi pilihan yang berisiko terutamanya bagi pesakit yang mempunyai keadaan komorbid atau yang berada pada usia lanjut," katanya.

Justeru, menurut kenyataan itu, MitraClip atau TriClip merupakan peranti kecil direka untuk mengecilkan bukaan injap mitral atau tricuspid, sebagai alternatif kepada pembedahan jantung terbuka.

"Biasanya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam untuk diselesaikan, prosedur ini membolehkan masa pemulihan yang lebih cepat dan mengurangkan risiko pembedahan tradisional," katanya.