‘Old Shanghai’ serikan sambutan Tahun Baharu Cina Suria KLCC

Iklan
Ruang Esplanade KLCC dihiasai dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 18 meter yang dinamakan ‘Dragon of Prosperity’.

SEMPENA perayaan Tahun Baharu Cina 2024, Suria KLCC menampilkan dekorasi bertemakan ‘Old Shanghai’ yang menghiasi pusat beli-belah itu bermula 12 Januari hingga 18 Februari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pihaknya mengadakan pameran yang mengetengahkan budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 dikenali sebagai ‘Paris of the Orient’.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengunjung dapat melihat replika kedai-kedai dua tingkat pada zaman dahulu antaranya kedai menjual cheongsam dan restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional."Sebuah beca dan kereta vintaj turut dipamerkan kepada pengunjung selain projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik menggamit jiwa.

"Sementara itu, ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 18 meter yang dinamakan ‘Dragon of Prosperity’ sebagai simbolik Tahun Naga," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang boleh dilakukan pengunjung sepanjang tempoh kempen itu.

Selain itu katanya, Suria KLCC turut menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna.

Iklan

"Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.

"Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila pelanggan yang membeli e-Baucar berjumlah RM1,000 berpeluang menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100," tambah beliau.

Francis menambah, tawaran eksklusif itu terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

Dalam pada itu katanya, pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang disertakan ucapan membawa tuah.

Keindahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baharu Cina turut menyerikan Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari depan, manakala kempen di di Pusat Beli-Belah Mesra di Terengganu bermula pada 12 Januari sehingga 15 Februari 2024.