P-hailing tak sesuai jadi kerjaya tetap
Iklan
SHAH ALAM - Kerjaya sebagai penunggang p-hailing hanya sesuai dijadikan sebagai kerja sampingan atau untuk tempoh jangka masa pendek dan bukannya sebagai pekerjaan tetap.
Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Abdul Rahim Zumrah berkata, ia berisiko tinggi khususnya dari segi keselamatan pekerjaan untuk jangka masa panjang.