BALING - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling di sini pada Selasa.
Mangsa Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, Baling.
Menurutnya, sebaik tiba di hadapan Simpang Tiga Jerai, di sini mangsa telah keluar dari simpang dari sebelah kiri untuk ke kanan jalan secara mengejut.
"Akibat pelanggaran itu motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter dan tercampak ke kiri jalan menyebabkan maut di tempat kejadian,” katanya.
Shamsudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.