KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan serius menangani isu peniaga yang mengambil kesempatan dengan 'sembelih' harga atau mengenakan bayaran tinggi kepada pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, satu pertemuan khas bersama dengan peniaga makanan akan diadakan pada minggu hadapan.
"Pertemuan itu termasuk premis-premis popular dan tular yang ada di negeri ini.
Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri sering mendapat maklum balas daripada pelancongan luar berkait dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.
Ujarnya, kerajaan negeri bimbang jika situasi itu terus berlaku ia akan memberikan kesan kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan di negeri ini.
Kamarudin berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dengan tidak menaikkan harga yang boleh menyebabkan pelancongan serik untuk ke negeri ini.