Pekerja minyak AS tinggalkan Iraq

Iklan
Pekerja asing syarikat minyak dilihat beratur untuk keluar dari Iraq. - Foto: Agensi

BASRA - Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang bekerja dengan syarikat minyak asing di bandar Basra, Iraq mula meninggalkan negara itu semalam, selepas serangan udara Washington mengorbankan komander tertinggi Iran.

Beberapa jam selepas kematian komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, Kedutaan AS di Baghdad menggesa semua rakyatnya untuk segera meninggalkan negara itu.

Iklan
Iklan

Pegawai Iraq bagaimanapun memberitahu, pemindahan itu tidak menjejaskan operasi minyak, pengeluaran atau eksport di negara berkenaan yang merupakan pengeluar kedua terbesar di Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dengan pengeluaran kira-kira 4.62 juta tong sehari (bpd).

Terdahulu, sumber syarikat minyak memaklumkan agensi berita Reuters, puluhan pekerja asing akan meninggalkan Iraq.

Iklan
Iklan

Saksi Reuters juga menyaksikan sejumlah warga asing termasuk rakyat AS beratur di lapangan terbang Basra di mana ada di antara mereka membuat perjalanan ke Dubai dan Qatar. - Agensi