Tiga jawatan utama panel Tribunal Antigangguan Seksual sudah dilantik

Iklan
Nancy bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada program Back to School di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako pada Selasa. Foto Bernama

KUCHING - Tiga anggota panel Tribunal Antigangguan Seksual kini sudah dilantik serta memulakan tugas sejak Disember lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, lantikan itu melibatkan tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

Iklan
Iklan

"Mereka yang dilantik ini (anggota panel) adalah orang yang berpengalaman serta cekap dalam mengendalikan kes gangguan seksual.

"Memandangkan bangunan pejabat masih dalam proses ubah suai, perkhidmatan perlu disegerakan dan kita (kementerian) memberikan ruang pejabat sementara di bangunan kementerian di Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kembali ke Sekolah di Kampung Tanjong Bako di sini, pada Selasa.

Iklan

"Saya secara peribadi meminta seorang wakil dari Sabah dan Sarawak untuk mewakili kedua-dua negeri ini, Jabatan Peguam Negara akan memilih orang yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Pada 10 Oktober lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual.

Iklan

Penubuhan tribunal itu bertujuan untuk menyediakan platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum. - Bernama