Didakwa tolak kekasih, polis rakam keterangan Inspektor

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Cheng San

GEORGE TOWN - Polis telah merekodkan kenyataan daripada seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang didakwa menolak teman wanitanya dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian Isnin minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, keterangan lelaki berusia 37 tahun itu direkodkan di sebuah hospital swasta beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut merekodkan keterangan daripada 12 saksi yang lain.

"Secara keseluruhan, kita telah merekodkan 13 kenyataan termasuk pegawai berkenaan.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Cheng San, Inspektor tersebut belum ditahan reman kerana masih dalam rawatan.

Iklan

Inspektor itu sebelum ini dilaporkan dirawat di hospital kerana mengalami patah bahu kiri selain tidak boleh bergerak.

Dalam kejadian pada jam 7.49 malam Isnin, sepasang kekasih terselamat selepas kedua-dua mereka terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai bertengkar.

Kejadian berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pusat bandar ke Perai.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas mangsa wanita berusia 40 tahun itu mendakwa dia ditolak kekasihnya.