Letshanaa, Jun Hao lulus ujian pertama di Indonesia

Iklan
Letshanaa akan menentang pemain tuan rumah dalam saingan Indonesia Masters pada Rabu. Foto Agensi

PEMAIN perseorangan wanita negara, K Letshanaa boleh menarik nafas lega apabila memulakan saingan Indonesia Masters 2024, pada Selasa dengan langkah kanan.

Kejayaan tersebut diraih selepas Letshanaa mengalahkan pemain yang menghuni ranking lebih tinggi, Pornpicha Choeikeewoong dari Thailand yang berada di tangga ke-42 dunia.

Iklan
Iklan

Letshanaa yang menghuni ranking ke-60 dunia menumpaskan Pornpicha dalam aksi pusingan kelayakan menerusi pertembungan tiga set 16-21, 21-14 dan 21-11 dalam tempoh 52 minit permainan.

Menerusi kemenangan tersebut, pemain berusia 29 tahun itu mengesahkan tempat ke peringkat pusingan 32 pada kejohanan Jelajah Dunia berstatus Super 500 itu.

Jun Hao mara ke pusingan pertama setelah menewaskan pemain Singapura dalam aksi kelayakan Indonesia Masters pada Selasa. Foto Agensi

Iklan

Menanti Letshanaa dalam saingan berkenaan ialah pemain wanita Indonesia yang menduduki ranking ke-31 dunia, Putri Kusuma Wardani.

Turut mengiringi Letshanaa ke pusingan seterusnya ialah seorang lagi pemain perseorangan, Leong Jun Hao yang menundukkan Jia Heng Jason dari Singapura.

Iklan

Jun Hao meraih kemenangan menerusi pertarungan dua set 21-12, 21-19 dalam masa 43 minit permainan.

Menerusi kejayaan itu, melebarkan jurang kemenangan Jun Hao kepada tiga daripada empat pertemuan.