'Selamat tinggal Bella' - Keluarga mahu tuntut keadilan

Iklan
Gambar kenangan Norhisham (kiri) bersama adiknya Mira Sharmila.Perkongsian Norhisham di Facebook mengenai kehilangan adiknya, Bella yang disifatkan cukup berat.

BATU PAHAT- Kehilangan paling berat, itu luahan Norhisham Samsusah, 36 selepas polis mengesahkan rangka ditemui dalam rumah sewa terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, adalah Bella

Menerusi muat naik di akaun Faceboknya, Norhisham turut meminta kenalan, rakan, sahabat dan warga Batu Pahat hadir solatkan Mira Sharmila, 32 atau Bella buat kali terakhir.

Iklan
Iklan

"Dukacita saya maklumkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan rangka itu milik Bella. Berat dugaan kami sekeluarga.

"Esok jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada sebelah pagi dan dbawa pulang ke Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah perkuburan Banang. Jenazah akan di sembahyangkan di Masjid Dato Bentara.

Iklan

"Mohon semua kenalan, kawan-kawan sahabat dan semua warga Batu Pahat solatkan Bella kali terakhir," tulisnya.

Norhisham seterusnya berterima kasih atas doa dan usaha semua pihak sehingga adik kesayangannya ditemui walaupun dalam keadaan tidak sempurna

MIRA SHARMILA

Iklan

"Selamat tinggal Bella. Aku sayang sangat kau. Aku akan tuntut keadilan atas permergian kau ini. Sepatutnya kita masih bersama," tulisnya lagi.

Hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada rangka manusia tidak lengkap yang ditemui di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu, disahkan milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam satu kenyataan mengesahkan hasil analisis DNA didapati sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.