Wei Chong-Wun Tee laung amaran awal di Indonesia Masters

Iklan
Wei Chong-Wun Tee

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menyingkap kempen pusingan pertama Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta, langkah kanan pada Selasa.

Biarpun begitu, Wei Chong-Kai Wun bermula langkah kiri set pertama apabila tunduk 17-21 kepada wakil Denmark, Andres Sondergaard- Jesper Toft.

Iklan
Iklan

Namun set kedua, beregu nombor 36 dunia itu kembali garang untuk menang 21-10 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan yang dimenangi 21-14 dalam masa 53 minit.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa satu lagi beregu lelaki negara, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin apabila menyingkap kempen langkah kiri.

Iklan

Sze Fei- Nur Izzuddin yang berstatus nombor 17 dunia tewas kepada wakil Thailand, Pharanyu Kaosamaang- Worrapol Thongsa-Nga dalam aksi tiga set.

Biarpun bermula garang set pertama apabila menang 21-14, namun kelebihan itu gagal diterjemahkan pada set kedua apabila lawan yang berada di kedudukan 46 dunia bangkit untuk menang 21-14, 21-18 dalam masa 53 minit.

Iklan

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meneruskan momentum positif apabila melepasi halangan kelayakan selepas menjinakkan pemain Brazil, Ygor Coelho.

Jun Hao yang berstatus 72 dunia bangkit tewas set pertama 15-21 untuk menang dua set berikutnya 22-20, 21-16 dalam masa 69 minit.

Sebelum itu, Jun Hao menundukkan Jia Heng Jason dari Singapura, 21-12, 21-19 dalam masa 43 minit.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong tewas kepada gandingan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, 19-21, 19-21 dalam aksi berintensiti tinggi 42 minit di pusingan kelayakan.

Sebagai rekod, Indonesia Masters Super 500 berlangsung dari 23 hingga 28 Januari.