90 peratus pembaca pilih UPSR, PT3 perlu dikembalikan semula

Iklan
Tangkap layar keputusan undian Sinar Harian menerusi platform Instagram dan X pada Selasa.

SHAH ALAM - Undian Instagram Sinar Harian bertajuk Adakah peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu dikembalikan semula? menyaksikan 90 peratus pembaca memilih jawapan perlu.

Selain itu, 10 peratus sahaja pembaca memilih tidak perlu untuk mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan PT3.

Iklan
Iklan

Undian yang dimuat naik sejak 24 jam lalu iaitu pada 22 Januari, menyaksikan seramai 4,506 responden yang mengambil bahagian berhubung pelaksanaan peperiksaan sekolah tersebut.

Sementara itu, platform X Sinar Harian juga menunjukkan hasil keputusan yang sama, dengan 80.9 peratus daripada 513 pembaca memilih jawapan perlu.

Iklan

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen @mariam.sarwani berkata, peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3 memainkan peranan penting kepada anak-anak khususnya dalam menentukan aliran kelas yang sesuai untuk mereka.

"Satu lagi rasa susahnya nak tentukan anak kita layak untuk berada di kelas aliran apa. Elok lah dikembalikan semula (UPSR dan PT3),” katanya dalam ruangan komen di platform Instagram pada Isnin.

Iklan

Di samping itu, pembaca @suehaina82 mencadangkan supaya keputusan ujian biasa juga diletakkan gred dan nombor peperiksaan seperti dahulu.

"Kita nak tahu betul-betul tahap anak kita macam mana. Ni anak pun bila periksa akhir tahun kurang semangat sebab tidak ada persaingan,” ulasnya.

Selain itu, pembaca @flowerlydina berkata, peperiksaan itu juga penting bagi menyuntik semangat dalam kalangan kanak-kanak untuk hadir ke sekolah dan belajar.

"Saya sebagai guru yang berpengalaman, saya rasa perlu. Sebab bila tidak ada peperiksaan yang serius, budak-budak akan main-main dalam pembelajaran.

"Tidak mahu belajar, tidak fokus. Ponteng kelas,” ujarnya.

Pembaca @mutiara_pearls2 berkata, peperiksaan penting seperti UPSR dan PT3 juga boleh dijadikan sebagai hala tuju untuk murid-murid jadikan sebagai matlamat dalam pembelajaran.

"Perlu ada. Kalau tidak murid sekarang macam tidak ada hala tuju. Tahu nak main saja,” menurutnya.

Pembaca @zurazurainiz turut menyarankan supaya hanya PT3 sahaja perlu dikembalikan.

"PT3 dikembalikan. UPSR tidak perlu,” katanya.