Jualan motor kuasa tinggi akan meningkat
Iklan
SHAH ALAM - Jualan motosikal berkuasa tinggi terutama kapasiti enjin 250cc hingga 500cc dijangka meningkat susulan cadangan menaik taraf lesen motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.
Jurulatih motosikal profesional, Wazi Abdul Hamid berkata, ini kerana cadangan itu secara tidak langsung mengurangkan kos mengambil lesen berkenaan yang sedia maklum lebih mahal berbanding kelas lain.