Omar Khrbin pacu kemaraan Syria

Iklan
Omar Khrbin. Foto Agensi

PENYERANG Omar Khrbin muncul wira Syria apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan India 1-0 untuk mara ke pusingan 16 Piala Asia 2023.

Tiga mata dalam perlawanan tersebut membolehkan Syria mengisi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik dalam aksi Kumpulan B di Stadium Al Bayt pada Selasa.

Iklan
Iklan

Gol kemenangan pada minit ke-75, menandakan pencapaian bersejarah bagi Qasioun Eagles apabila mara ke peringkat kalah mati buat pertama kalinya dalam tujuh percubaan.

Sebelum perlawanan, pengendali India, Igor Stimac membuat perubahan strategik apabila memperkenalkan pemain tengah, Lallianzuala Chhangte dan Deepak Tangri selain memperkuat pertahanan dengan bintang berpengalaman Bose Subhasish.

Iklan

The Blue Tigers bermula garang, namun percubaan Mahesh Naorem dinafikan kecemerlangan luar biasa penjaga gol Syria, Ahmad Madanieh.

Syria kemudiannya bertindak balas, namun percubaan penyerang sensasi Pablo Sabbag dinafikan ketangkasan benteng terakhir Gurpreet Singh Sandhu.

Iklan