MKM Travel tawar tajaan tunai haji secara percuma

Iklan
Tajaan menunaikan haji itu akan diberikan kepada tiga jemaah yang telah terpilih menunaikan haji bagi musim haji 1445H/2024M kali ini.

SHAH ALAM - Sebagai inisiatif memuliakan tetamu ALLAH SWT atau 'duyufurrahman', syarikat pelancongan MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd (MKM Travel) tampil menawarkan peluang menunaikan ibadah haji secara percuma bagi musim haji tahun ini.

Pengarah Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada syarikat berkenaan.

ABDUL HADI

Iklan
Iklan

Menurutnya, tajaan menunaikan rukun Islam kelima itu akan diberikan kepada tiga jemaah yang telah terpilih menunaikan haji bagi musim haji 1445H/2024M kali ini.

"Kami sedang mencari tiga jemaah yang telah terima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini untuk mengerjakan haji secara percuma bernilai RM50,000 setiap orang bersama MKM Travel.

Iklan

"Bukan itu sahaja, MKM Travel juga mahu menaja 'wang naik haji' untuk lima orang lagi jemaah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

MKM Travel diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai syarikat pelancongan berlesen serta telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011.

Iklan

MKM Travel juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan juga mempunyai lesen haji daripada Lembaga Tabung Haji atau disebut sebagai ‘Pengelola Jemaah Haji (PJH)’ bagi menguruskan jemaah haji Malaysia.

Pada 8 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.

Kata Abdul Hadi, menerusi tajaan pertama kali ditawarkan syarikatnya, individu yang mahu merebut peluang yang mungkin datang hanya sekali seumur hidup itu boleh melayari akaun Facebook MKM Travel sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari ini.