Dr Risti Yuni Lestari janji jadi suara warga Indonesia di Malaysia

Iklan
Dr Risti Yuni Lestari (duduk depan kanan) bersama tetamu yang hadir pada sesi dialog di Puchong.

SHAH ALAM - Hak pekerja asing warga Indonesia di Malaysia termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang terhad akan diberi perhatian khusus serta langkah-langkah berkesan akan diambil.

Itu janji calon legislatif Parti NasDem Daerah Pilihan Raya II DKI Jakarta, Dr Risti Yuni Lestari yang mahu menjadi suara warga negara itu bagi menuntut hak Pekerja Migran Indonesia (PMI) di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya datang ke sini dengan niat ikhlas untuk mendengar dan memahami setiap kisah, keluhan dan harapan saudara-saudara kita yang mencari rezeki di bumi Malaysia.

"Saya percaya, sebagai calon wakil rakyat tugas saya adalah menjadi suara untuk setiap rakyat di daerah pilihan raya ini termasuk PMI," ujarnya dalam dialog berbentuk interaktif di Puchong pada Ahad.

Dr Risti Yuni Lestari (tiga dari kanan) bergambar dengan tetamu yang hadir.

Iklan

Di Malaysia, isu pekerja asing Indonesia menjadi tumpuan utama kerana negara ini mempunyai bilangan pekerja dari Indonesia yang paling ramai di dunia.

Data menunjukkan bahawa 1.29 juta pekerja asing Indonesia bekerja di pelbagai sektor di Malaysia.

Iklan

Walaupun sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia adalah ketara, golongan itu berdepan pelbagai masalah hingga ada yang menjadi sangat rumit.

Dalam pada itu, Dr Risti turut berjanji untuk menjadi wakil yang bertanggungjawab, bekerjasama dengan masyarakat termasuk PMI dalam merangka langkah-langkah yang terbaik.

Dr Risti Yuni Lestari berjanji akan menjadi suara warga negara itu bagi menuntut hak Pekerja Migran Indonesia (PMI) di Malaysia.

"Lawatan ini merupakan permulaan bersejarah dalam perjalanan kolektif kami ke arah perubahan positif, memastikan setiap suara didengari dan kepentingan rakyat terpelihara di peringkat perundangan," ujarnya.

Sementara itu, PMI yang hadir pada dialog itu menyuarakan harapan agar Dr Risti akan memberikan penyelesaian masalah yang mereka hadapi selepas dipilih sebagai wakil rakyat orang ramai.

Mereka turut berharap suara mereka bukan sahaja didengari, tetapi juga diterjemahkan dalam bentuk dasar yang mampu meningkatkan kebajikan dan perlindungan PMI di Malaysia.