Tunggakan gaji Kelantan United selesai hujung bulan ini

Iklan
Rozi Muhamad

TUNGGAKAN gaji barisan pegawai, jurulatih serta semua pemain Kelantan United FC akan selesai sepenuhnya penghujung Januari ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, bayaran sudah dibuat secara berperingkat sejak awal bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini kita telah buat pembayaran untuk bulan Ogos dan September disusuli bayaran Oktober serta November. Hujung Januari, insya-ALLAH untuk Disember.

"Kami sebolehnya tidak mahu masalah tunggakan ini berpanjangan kerana pihak pengurusan Kelantan United FC ketika ini fokus untuk membina pasukan bagi bersaing di Liga Super Malaysia musim 2024/25," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, Kelantan United sentiasa komited dan berusaha untuk melangsaikan segala tunggakan gaji yang merupakan tanggungjawab majikan.

Beliau juga memohon maaf kepada pegawai, kejurulatihan, pemain serta semua pihak termasuk penyokong atas segala isu yang melanda pada musim 2023 sehingga merencatkan perjuangan mereka dalam saingan Liga Malaysia.

Iklan