Jatuhkan kerajaan jejaskan kestabilan rakyat - UMNO Terengganu

Iklan
Din Adam

KUALA NERUS - Tindakan beberapa pemimpin politik pembangkang yang cuba memberi bayangan seolah-olah Kerajaan Perpaduan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jatuh disifatkan tidak bertanggungjawab.

Pengarah Strategik UMNO Terengganu, Datuk Din Adam menjelaskan, ini kerana perbuatan itu adalah salah kerana meletakkan masyarakat berada dalam keadaan tidak stabil dan huru-hara.

Iklan
Iklan

"Mereka ini berada dalam keadaan begitu tertekan kerana sebelum ini pernah jadi kerajaan. Sekarang mereka sudah tiada jawatan dan cara lebih baik (beri bayangan seolah kerajaan jatuh) dengan bagi tekanan pada rakyat.

"Ia merupakan satu perkara tidak betul dengan meletakkan keadaan masyarakat yang tidak stabil. Mereka (pemimpin pembangkang) ini tidak bertanggungjawab.

Iklan

"Kalau bertanggungjawab, mereka tidak buat macam itu. Perkara ini juga menimbulkan keresahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Din berkata, pemimpin politik di negara ini sewajarnya membangunkan negara serta memberi tumpuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan bukannya memikirkan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Iklan

"Mereka perlu fikir bagaimana hendak bina pembangunan dan beri kemudahan pada rakyat.

"Ini tak ada... asyik dengan muat naik status di media sosial iaitu kekal tenang, kekal tenang.

"Apa yang tenang? Kalau satu perkara pun tidak dibuat oleh mereka untuk majukan negeri masing-masing," dakwanya.