Tiga ikon usahawan wanita tarikan Wacana Srikandi

Iklan
Azlina (empat dari kiri) dan Syamel (lima dari kiri) bersama wakil penaja utama pada sidang media Wacana Srikandi sempena Hari Wanita yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Tiga ikon usahawan wanita dijangka memberikan impak positif kepada lebih 1,000 tetamu yang hadir Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia anjuran SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada 5 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Azlina Amran berkata, forum itu merupakan acara menarik sempena Wacana Srikandi menampilkan tokoh usahawan di Malaysia yang akan membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

Iklan
Iklan
Azlina. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

"Tiga ikon tersebut ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd Affandy yang akan terlibat dalam forum bual bicara wanita bertajuk Wanita Inspirasi Ikon Berkualiti pada program itu yang dihoskan oleh Fedtri Yahya.

"Forum ini dijangka memberikan pencerahan kepada tetamu yang hadir mengenai peranan wanita dalam dunia yang kian mencabar ini. Kami berharap perkongsian kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan akan memberikan manfaat kepada mereka yang hadir,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Wacana Srikandi sempena Hari Wanita yang diadakan di SACC di sini pada Rabu.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Sapna Turmidi; penyanyi terkenal, Syamel dan penaja utama.

Iklan
Dari kiri: Sapna, Azlina dan Syamel bergambar bersama selepas sidang media Wacana Srikandi sempena Hari Wanita yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Wacana Srikandi itu akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut, Azlina berkata, program Wacana Srikandi itu diadakan bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

"Program ini juga menjadi medium untuk berkongsi kisah pahit manis dan kejayaan tokoh-tokoh wanita kontemporari di Malaysia dengan harapan kisah mereka dijadikan panduan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

"Bertemakan ‘Memperkasa Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program ini juga menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri,” kata Azlina.

Beliau berkata, penaja utama program itu ialah PKNS, Menteri Besar Incorparated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan kerjasama Thrillerz dan www.myticket.asia.

Mereka yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi boleh membuat pembelian tiket melalui www.eventx.com.my.