DBKL serbu penjaja warga asing

Iklan
Sayur-sayuran yang disita dalam operasi terhadap penjaja asing.

KUALA LUMPUR - Berbakul sayuran segar selain ayam hidup dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing di Pusat Bandar Utara dan Jalan 6/3A Taman Batu View di sini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, 10 tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Iklan
Iklan

Menurutnya, DBKL turut melakukan pindah barangan dan peralatan yang diletakkan di tempat awam.

"Antara barangan yang disita adalah payung lipat, sayur-sayuran, ikan, ayam hidup dan lain-lain.

Ayam hidup disita DBKL dalam operasi terhadap penjaja asing.

Iklan

"Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya," ujar kenyataan itu.

Pusat Bandar Utara yang terletak berhampiran Pasar Borong Selayang merupakan lokasi tumpuan penempatan warga Myanmar.

Iklan

Lokasi tersebut menjadi lokasi warga asing yang terdiri pemegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk menjalankan aktiviti perniagaan antaranya sayur-sayuran, ayam segar serta sireh di kaki lima.