Che'gubard buat kenyataan terbuka, akui terkhilaf guna perkataan 'diperkenankan'

Iklan
Che'gubard

SHAH ALAM - Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin pada Rabu membuat permohonan maaf berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan terbuka, Che'gubard mengakui terkhilaf mengeluarkan dakwaan itu hingga menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan bahawa satu laporan polis dibuat seseorang, yang kononnya menonton video saya yang menyatakan wakil diperkenan masuk menghadap bagi menyerahkan memorandum rakyat.

"Saya mengaku terkhilaf menggunakan perkataan 'diperkenan' dengan 'memohon' masuk menghadap. Saya memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya pada satu kenyataan media pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, Istana Negara membuat laporan polis terhadap Che'gubard kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung perkara itu.

Kenyataan dibuat Che'gubard itu disedari menerusi video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok pada 22 Januari jam lebih kurang 6 petang, di pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Kuala Lumpur.

Iklan

Laporan dibuat di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Isnin jam 8.35 malam.

Dalam perkembangan yang sama, Che'gubard juga bertanyakan kepada pihak Istana Negara tentang penyerahan 'memorandum rakyat' oleh wakil bukan kerajaan (NGO) pada Selasa.

"Terlanjur berbicara saya selaku rakyat biasa ingin bertanya adakah memorandum rakyat ini sudah dipersembah dan sampai ke tangan YDPA kerana ada khabar sebelum ini beberapa perkara (surat hasrat rakyat) tersekat di peringkat tertentu tidak sampai ke pengetahuan Tuanku," dakwanya lagi.

Pada Selasa, tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum, dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara ketika ini di Istana Negara.

Difahamkan, empat individu menyampaikan memorandum itu ke kawasan istana untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.