Barang kes bernilai RM1.58 juta dilupus

Iklan
Mohd Khairi (tiga dari kanan) menunjukkan sampul berisi barang kes yang dilupuskan pihaknya pada majlis di Balai Polis Kapar, Klang pada Rabu.

KLANG - Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM1.58 juta bagi kes sepanjang 2021 hingga tahun lalu.

Barang kes melibatkan 402 kertas siasatan itu dilupuskan di Balai Polis Kapar di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, 5,520 barang kes dilupuskan melibatkan perjudian, kontraban, pelaburan bitcoin selain wang tunai berjumlah RM66,904 yang dirampas sepanjang tempoh itu.

Katanya, pelupusan dibuat dengan cara menghancurkan secara manual selain secara pemeruapan dan kitar semula melibatkan minuman keras, manakala wang tunai pula diserahkan kepada perbendaharaan Malaysia.

Iklan

"Proses pelupusan tersebut dilakukan oleh syarikat yang menerima pensijilan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi melakukan pelupusan aset-aset kerajaan selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007,” katanya berucap pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini pada Rabu.

Dalam kes lain, Mohd Khairi berkata, berlaku peningkatan indeks jenayah sebanyak tujuh peratus iaitu 877 kes direkodkan tahun lalu berbanding 816 kes pada 2022.

Iklan

Jelasnya, paling banyak direkodkan adalah kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan.

"Kebanyakannya melibatkan orang tempatan dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang," ujarnya.

Justeru, polis telah melancarkan Op Aman yang berjalan secara bersepadu dengan Ibu Pejabat Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sejak 15 Januari lalu,” ujarnya.