Pegawai bomba cedera kemalangan ke tempat kerja

Iklan
Mangsa dibawa ke Hospital Kulim menggunakan EMRS. Mangsa yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain. -Foto JBPM

SUNGAI PETANI - Seorang pegawai bomba cedera di tangan, kaki dan tulang rusuk akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dekat simpang Kilang Lama, Kulim malam tadi.

Nik Muhamad Al Bakri Mat Isa, 43, dipercayai dalam perjalanan ke Balai Bomba dan Penyelamat Kulim sebelum terlibat kemalangan kira-kira jam 8.07 malam.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi bomba mendapati, Nik Muhamad Al Bakri yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG cedera di beberapa bahagian anggota badan dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Alza.

Iklan
Iklan

"Mangsa segera dihantar ke Hospital Kulim dan kini mangsa masih dirawat di Wad Kecemasan hospital itu," katanya.